Sunday, May 22, 2011

Ekspedisi Mendaki Gunung Chemerong_Air terjun puncak Langsir,Terengganu

....,,..
Salam aku ucapkan kepada semua,setelah sekian lama aku muncul jugak dengan membawa cerita2 aku yang menarik2 tak menarik layan jerk lak... Hummm...aku rasa tak der la lama sangat aku meninggalkan blog aku nih??agak dalam berapa minggu jer..sebab sibuk.Al maklumlah,saya kan tengah cuti sekarang,balik kampung seminggu,melawat keluarga,rumah dan sawah bendang yang kian lama tidak aku hirup udara segar kampung nih.Hummmm...sedar tak sedar aku dah nak kena balik,aku balik nih pun sebab cuti semester dan aku balik nak ambil kelengkapan untuk dibawa mendaki GUNUNG CHEMERONG-AIR TERJUN PUNCAK LANGSIR,TERENGGANU. Baru2 nih sebelum aku balik kampung ada perjumpaan untuk ke gunung, apa yang aku dapat tahu,ramai jugak la yang batalkan tak nak pergi..

Alahai...
rugi oi....duit awak tak boleh tuntut,RM55!!!...adakah satu jumlah yang sedikit atau besar.?Mungkin jumlah berkenaan agak besar jumlahnya,bagi yang menghargai duit.Tapi yang tak pergi mungkin ada sebab,tak sihat dan apa2 pon...Aku dengan Encik FIE balik,kami cari barang2 makanan,hummm.Beli seluar dan sedikit peralatan,ada dalam RM100.ye lar..sebab 2 orang la katakan,lagipun aku pun tak kesah nak berkongsi dengan Encik FIE nih kalau dia pun tak kesah.Selesai beli barang2,kami balik rehat sambil dok terbayang kat kepala otak masing2,air terjun yang sejok lagi menyejukkan,tak sabar kot!.

Esok.........

hah!masa nih aku tengah tunggu bas datang dan dengar taklimat sepatah dua patah,jengjengjeng....akhirnya dapat jugak aku mendaki gunung dengan Encik FIE ni ha...kalau tak kami dua asyik tukar pengalaman masing2.Sekarang kami akan mendaki bersama dan akan mencari pengalaman yang mungkin memberi pengajaran dan tauladan bersama ketika mendaki nanti.....

Baru sampai,muka masing2 macam cabai,penuh dengan air liur basi lagi,sebab sepanjang perjalanan asyik tido....hehehheheee....

Kumpulan Team KELAB KEMBARA ITP.. kami semua dah ready nak naek!!!



ye ha....akhirnya!!!belom sampai lagi la...

Yergh!!!akhirnya Encik FIE berjaya juga posing kat Air terjun Chemerong nih...

kenangan kita berdua tidak akan dilupakan...

Caya tak,kami makan dalam daun palas nih...
posing kat Taman Bonzai nih..cun ooo....

Apa2 pon mmg best giler lak.Banyak algi gambar2 yang ada dekat aku,tapi tak dapat untuk aku letakkan didalam blog nih semuanya,takot nanti hilang privasi pulak,setakat ini lah yang boleh aku tunjukkan pada semua. Yang nih aku tunjuk pada sapa2 yang nak tengok ajer la...kalau ada yang tak mau tengok WHO CARE???...I DON;T CARE LU....huhuhu..
Walau gembira bagaimanapun,kita tetap diuji dengan segala macam perkara2 yang boleh melemahkan iman kita sebagai manusia dan makhluk Allah di atas muka bumi ini,Walau bagaimanapun kita sedia mengetahui di atas muka bumi Allah ciptakan pelbagai jenis makhluk.Baik yang boleh dilihat mahupun yang tidak boleh dilhat melalui mata kasar manusi itu sendiri....
Segala pahit mahupun manis akan menjadi satu kenangan dan pengajaran yang sangat berguna kepada aku dan rakan2...supaya tidak tak bur dan riak serta sentiasa menjaga adab kita walau dimana sahaja kita berada.






No comments:

Post a Comment