Friday, December 2, 2011

Bahasa Budaya Kita##...

Salam..
Kepada kawan2 aku.. dah lama juga aku tak tulis dan menyemakkan blog aku ni. Sibuk dengan aku punya hidup ni. Adeh... Tapi hari ni aku ada 1 benda yang patut aku share dengan semua. Kalau ada yang dah tengok ALHAMDULILAH  la... tapi ini aku tujukan kepada kawan2 dan orang2 MELAYU diluar sana.

Video ni aku tunjuk kepada sesiapa yang nak tengok jer,,, kalau tak mau tengok tak payah tengok dan tak perlu nak tengok la yer... Video ni pun aku dapat daripada member aku. Sebab aku rasa video ni ada pengajaran yang berguna dan sangat berkait rapat dengan penggunaan bahasa kita terutama bahasa melayu!!..Jadi kepada sesiapa yang nak terasa dan marah  tu fikir2 la dulu sebelum terasa&marah ye..

From; Anwar Hadi (You tube)

Penggunaan bahasa budak2 melayu sekarang dah melampau dan sangat teruk. Kerajaan punya la penat buat kempen bulan bahasa. Hujung2 anak bangsa MELAYU menjahanamkan bahasa MELAYU!!... macam contoh: NAK- nuck, naxk(bahasa yang tak patut digunakan) 
tak comel pun! bernanah telinga aku dengar... Orang luar negara sibuk nak belajar bahasa melayu yang dikatakan indah tu... anak bangsa kita dok sibuk short form dan rosakkan bahasa...

So.... kepada diluar sana, sayangi lah bahasa anda..

Friday, August 12, 2011

Bahagia VS Sedih

.... . .
Salam kepada semua,hai . . .
dah lama aku xjenguk dan bukak blog aku nih . . .sibuk dengan belajar yang sekejap naek sekejap turun,yang kadang kala jugak pasang dan adakalanya surut . . . (hehehe). . dah macam badan aku yang tak pernah2 naek.. . Hidup aku buat masa sekarang sederhana sahaja,nak kata bahagia tidak jugak,sedih pun tak jugak . . . kadang2 teringatkan kisah lama dan orang lama . . .

Ya. . . .
aku akui . . .manusia datang dan pergi . . . begitu jugak kebahagiaan,datang dan pergi macam tu ajer . . . . .kadang2 aku nak tawu kenapa kebahagiaan tu tak kekal lama???  . .. . ada jawapan tak???.. . . . aku nak tawu sangat2. . . .. . . .

Monday, May 23, 2011

JOHNNY STEAMBOAT vs MP STEAMBOAT

......
Salam kepada semua, hallo2,,
hummm...malam nih aku memang banyak benda yang aku nak kongsi dan curahkan dalam ruangan aku nih. Macam2 peristiwa dan perkara2 yang membuatkan aku tertarik dan rasa macam nak ulangi lagi segala yang aku lalui,Baek bersama kawan2, keluarga dan orang yang menjaga aku sepanjang aku jauh dari keluarga ...Encik FIE. Tapi pengalaman dan peristiwa yang aku lalui hari ini memang aku tak dapat sangat2 nak lupa, dan akan aku ingat selalu.

Ala..Macam tajuk yang aku tulis dekat atas tu,tu nama kedai makan,petang tadi lepas aku register untuk pembukaan semester depan ,aku terus lepak dengan member2 aku yang sama2 pergi gunung tempoh hari. Tak semua yang ikut, cuma jumpa2 macam tu sajer... Bila akudah lepak sekali, diorang nak tengok wayang,tapi tengok la bajet aku. Bukan kedekut,tapi aku tak nak la nanti aku kering duit,tambah2 bila dah bukak semester 3 yang baru nih.... memang banyak duit yang nak kena pakai sangat2..kami semua lapan orang.

Dah tak jadi tengok wayang,kami pergi makan, idea yang bagus!!..tapi makan dekat Johnny steamboat!..aku tengok tempat macam mewah sangat2. Tapi tak pa la cuba la dulu,tapi....adeh mak...mahal kot,kami makan lapan kepala,tapi bayaran dia memang mahal la...Bila dah bayar,yang tak boleh BLAH tu diorang tak bagi resit,tapi diorang bagi kertas kosong dan tulis bil ajer...eh????..what the fu....????sampai sekarang aku simpan lagi resit dia. Kalo aku nak bandingkan makan dekat Johnny steamboat dengan MP steamboat !..murah MP steamboat lagi...hummmm....


  • Set C     -RM59.90
  • Quail      -RM4.20
  • Rice       -RM41.65
  • Drinks    -RM22.60
  • Tax        -RM20.55
Total = RM148.90                    

Mahal wei.....satu kepala RM15,,Pergh!!!...bapak punya mahal kot,bukan kedekut or kecoh,tapi aku rasa macam tak berbaloi sebagai seorang pelajr. Sekali pun aku bukan pelajar, aku memang takkan makan macam tu,aku rela masak sendiri lagi. Walaupun tak sesedap mana pun,tapi mampu mengenyangkan perut dan membekalkan tenaga dekat aku pun tak per dah....

Yang penting,selagi halal aku makan ajer...        

Karnival PC Fair..tergugat iman...

.....
Salam kepada semua yang mengenali aku dan yang kenal,ingat2 lah selalu,yang tak kenal,kenal2 lah aku,walaupun aku tak famous macam LADY GAGA...ahaks!...huhuuhuhuhu...tapi sebagai manusia kita haruslah ada perasaan dan rasa ingin mengenali orang lain.Normallah kalau macam tu,bagi yaqng suka menyendiri tu...Sumpah korang memang tak normal pada mata aku.Huhuhuuu...

Dipendekkan cerita la katakan...
Alkisah.....
Aku dengan Encik FIE pergi ker Karnival PC Fair yang diadakan di Stadium Indera Mlia,Ipoh. Sebab temankan dia nak cari pemplet dan bussines card dia untuk assignment dier...Aku p naek bas jer..Almaklumlah,still student lagi,kami nih kena la belajar untuk susah,tak kan nak senanag semua kot??? hummm...sampai disana,faham2 sahaja lah,orang laki,kalau boleh dia tengok, semua dia nak.!!Tapi sebab kami pun pernah sama2 susah,so..normallah kita berperasaan macam tu.

Dekat sana memang banyak sangat booth2 yang menjual barang2,.alatan komputer dan gajet2 yang memang bagus,murah dan berkualiti. Hampir terkaku aku tengok,sambil jalan dan memerhatikan sekeliling ,mata aku terpaku untuk melihat gelagat orang ramai yang datang dekat PC Fair tu,ada yang tua dan ada yang muda.Barang2 memang murah sangat2,so... aku tengok ramai jugak la yang dok membeli. Hummmm...biasa la...dah nama pun PC Fair,memang murah sangat2 la,hari last pulak tu masa aku dengan Encik FIE pergi....
                       Salah satu laptop yang menjadi kegemaranku,DELL..jenama laen tak kot!!...

Tapi kalau aku pikir2 balik.aku dah ada laptop,buat apa lagi aku nak beli lagi satu???..kalau aku datang PC Fair pon cuma aku nak tengok gajet yang baru dan aksesori2 yang menarik. Bukan untuk aku buang duit,tapi nak cari sedikit pengetahuan tentang gajet2 nih...

Sunday, May 22, 2011

Ekspedisi Mendaki Gunung Chemerong_Air terjun puncak Langsir,Terengganu

....,,..
Salam aku ucapkan kepada semua,setelah sekian lama aku muncul jugak dengan membawa cerita2 aku yang menarik2 tak menarik layan jerk lak... Hummm...aku rasa tak der la lama sangat aku meninggalkan blog aku nih??agak dalam berapa minggu jer..sebab sibuk.Al maklumlah,saya kan tengah cuti sekarang,balik kampung seminggu,melawat keluarga,rumah dan sawah bendang yang kian lama tidak aku hirup udara segar kampung nih.Hummmm...sedar tak sedar aku dah nak kena balik,aku balik nih pun sebab cuti semester dan aku balik nak ambil kelengkapan untuk dibawa mendaki GUNUNG CHEMERONG-AIR TERJUN PUNCAK LANGSIR,TERENGGANU. Baru2 nih sebelum aku balik kampung ada perjumpaan untuk ke gunung, apa yang aku dapat tahu,ramai jugak la yang batalkan tak nak pergi..

Alahai...
rugi oi....duit awak tak boleh tuntut,RM55!!!...adakah satu jumlah yang sedikit atau besar.?Mungkin jumlah berkenaan agak besar jumlahnya,bagi yang menghargai duit.Tapi yang tak pergi mungkin ada sebab,tak sihat dan apa2 pon...Aku dengan Encik FIE balik,kami cari barang2 makanan,hummm.Beli seluar dan sedikit peralatan,ada dalam RM100.ye lar..sebab 2 orang la katakan,lagipun aku pun tak kesah nak berkongsi dengan Encik FIE nih kalau dia pun tak kesah.Selesai beli barang2,kami balik rehat sambil dok terbayang kat kepala otak masing2,air terjun yang sejok lagi menyejukkan,tak sabar kot!.

Esok.........

hah!masa nih aku tengah tunggu bas datang dan dengar taklimat sepatah dua patah,jengjengjeng....akhirnya dapat jugak aku mendaki gunung dengan Encik FIE ni ha...kalau tak kami dua asyik tukar pengalaman masing2.Sekarang kami akan mendaki bersama dan akan mencari pengalaman yang mungkin memberi pengajaran dan tauladan bersama ketika mendaki nanti.....

Baru sampai,muka masing2 macam cabai,penuh dengan air liur basi lagi,sebab sepanjang perjalanan asyik tido....hehehheheee....

Kumpulan Team KELAB KEMBARA ITP.. kami semua dah ready nak naek!!!



ye ha....akhirnya!!!belom sampai lagi la...

Yergh!!!akhirnya Encik FIE berjaya juga posing kat Air terjun Chemerong nih...

kenangan kita berdua tidak akan dilupakan...

Caya tak,kami makan dalam daun palas nih...
posing kat Taman Bonzai nih..cun ooo....

Apa2 pon mmg best giler lak.Banyak algi gambar2 yang ada dekat aku,tapi tak dapat untuk aku letakkan didalam blog nih semuanya,takot nanti hilang privasi pulak,setakat ini lah yang boleh aku tunjukkan pada semua. Yang nih aku tunjuk pada sapa2 yang nak tengok ajer la...kalau ada yang tak mau tengok WHO CARE???...I DON;T CARE LU....huhuhu..
Walau gembira bagaimanapun,kita tetap diuji dengan segala macam perkara2 yang boleh melemahkan iman kita sebagai manusia dan makhluk Allah di atas muka bumi ini,Walau bagaimanapun kita sedia mengetahui di atas muka bumi Allah ciptakan pelbagai jenis makhluk.Baik yang boleh dilihat mahupun yang tidak boleh dilhat melalui mata kasar manusi itu sendiri....
Segala pahit mahupun manis akan menjadi satu kenangan dan pengajaran yang sangat berguna kepada aku dan rakan2...supaya tidak tak bur dan riak serta sentiasa menjaga adab kita walau dimana sahaja kita berada.






Thursday, April 28, 2011

Bau_bauan%#^^**???...

Bau-bauan…
……….
Salam dan selamat kepada semua aku ucapkan,moga2 hidup sentiasa gembira, jangan sedih2,jangan marah2, nanti cepat tua…huhuhu…

Aku dah tak der tajuk nak tulis nih,tapi tengah2 cari idea,muncul satu idea. Tapi sebelum aku bercerita, aku nak mintak maaf kepada sesiapa yang terasa tu…. Aku bukan tulis nak mengutuk,bergosip,canang cerita korang semata-mata nak cari publisiti. Tapi kalau korang terasa korang salah seorang daripada tajuk dan bahan cerita aku nih, sendiri mau ingat la…Segera memperbaiki diri!..Tapi kalau ada yang terasa tahap 13,WHO CARE???!!..I DON”T CARE…

Tak nak panjang2 cerita, aku cerita lak…
Disuatu malam yang panas, sewaktu kepala otakku sedang penat dan keletihan memandang buku2 untuk aku tatap dan ingati untuk dibawa ke dewan exam esok, aku terfikir untuk bukak laptop aku,nak manage blog aku,tengah dok buntu nak cari idea dan bahan.Tetiba hidung aku diserang dengan satu bau yang hadoi….. L Bau badan makhluk Allah yang paling seksa baunya, nih memang boleh buat aku muntahkan segala isi kandungan dalam perut aku… Dah la perut aku tangki kecik jer,,kalau keluar segala isi nyer macam mana???...

Aku ada gak “search” mana2 internet untuk mengurangkan masalah bau badan yang terlampau nih,cara moden,tradisional. Cara yang sangat mudah aku jumpa…”Cara moden” …Apa lagi pakai deodorant la…. Cara paling asas lagi kebersihan, kalau “kebersihan tak korang titik beratkan memang ketiak,mulut,bau badan memang macam longkang la…Ini yang betul2 buat aku marah nih,sebab aku ada HAK nak bau-bauan yang menyenangkan..Apa???ingat aku tak dak hidung ker??...biar pun hidung aku “tak mancung” tapi boleh bau lagik tawu…

Bau nih boleh buat orang rasa nak pengsan sampai esok.Kalau mandi pun 5minit jer…entahlah…Tapi kadang2 orang yang mandi 5minit ni seorang yang pembersih. Tak dinafikan jugak lak…sebab dalam keluarga aku pun ramai yang macam tu.Tapi kami tak pernah kot ada masalah bau badan nih…maybe ada benda lagi yang aku tetinggal atau tak cari waktu “search” kat internet.???...

Tapi aku harap makhluk Allah nih segera mencari kaedah dan cara untuk menyelesaikan masalah dier nih.Sebab kadang2 kita tak sedar diri kita macam mana?kadang2 kita memerlukan kawan atau orang yang rapat dengan kita untuk menegur kekhilafan diri kita.. Sebagai manusia,kita harus menerima teguran tersebut sebagai satu pengajaran yang boleh membawa keuntungan dan kemajuan kepada diri kita…
Akhir kata…

Salam…. 

Watak Dan Perwatakan

….
Salam dan selamat kepada semua…
Harap2 semua sihat..kalau tak sihat pun,ada aku kesah,I don’t care lak.!..huhu…(jgn marah k…) macam ginilah perangai aku..setiap manusia yang tercipta mempunyai nilai2 dan perwatakan yang berbeza,ada watak yang....



  • ·         AKTIF J (baguihnya bdk nih…selalunya budak2 macam nih memang terdiri daripada orang yang                                                                          banyak mulut..asyik cakap jak!,kuat senyum(senyum itu kan sedekah) Macam ENCIK FIE kita nih,aku pun aktif gak. Tapi tak tahu pulak ENCIK FIE nih lagi banyak cakap,kalau boleh membebel ,macam perempuan,caya tak kalau aku cakap,diorang nih yang mana aku jumpak semuanya otak gila2,yang jenih masuk air nih,ini yang aku jumpak di kolej,belumlagik yang ditepi jalan(orang gila)…   )…

  • ·         PASIFL (yang nih lagi satu nih…….hadoiL..kalau Tanya sepatah,jawab dia pun sepatah!..nak jawab pun nak tak nak jak…hadoi…kacau2…bila tanya “kenapa awak nih senyap sangat????”…..pun dia jawab sepatah gak!..”cakap bila perlu jer…” L..what the hell that??? L?

Setiap manusia ada perangai dan watak masing2,terpulang kepada individu tersebut untuk mewarnai dan mencorakkan wataknya sendiri. Tapi kadang2,watak seseorang  terbentuk melalui apa yang dilihat oleh diorang, Sebab manusia mempunyai sifat yang mudah terikut-ikut. Melalui warna, percakapan dan perbuatan adalah perkara yang paling asas untuk kita mengetahui sifat dan sikap seseorang tersebut.

Dipendekkan cerita…..
Korang sendiri pun perasan,bila barat buat trend pakaian tak cukup kain pun, budak2 kita terutama sekali budak melayu kita dah terikut-ikut..YO! WHAT’S UP BRO!!!..

Hey….what the hell that???..
Bila sebut perkataan YO!!! Kepala pun tersengguk-sengguk badan pun terkinja-kinja. (macam something yang dok bergayut kat pokok dalam hutan !!...)

Kadang2 aku terfikir balik,kenapa kita perlu buat perangai2 macam tu???...HAK??!!!
Memang la korang punya HAK!!apa aku kesah!WHO CARE???..I DON”T CARE!....punya pasal korang lak.. nak jalan terhenjut-henjut ker,… terkinja-kinja ker…. Macam something yang dok bergayut kat dalam hutan ker….WHO CARE??? …I DON”T CARE!...

Tapi just nak ingatkan korang la…kenapa perlu hipokrit,ikut gaya barat,ikut budaya diorang yang entahlah…SEWEL!!! Macam tak cukup tu???...kita hanya perlu belajar bahasa diorang jer…. BUDAYA tu korang ambil tahu sikit2 dah la…tak payah lah sampai nak terikut-ikut...

Pesan aku pada kawan2, Jujurlah pada diri sendiri…Aku pesan nih kepada sesiapa yang nak dengarlah,kalau tak nak dengar WHO CARE???...I DON”T CARE!!!..

Salam…