Monday, May 23, 2011

JOHNNY STEAMBOAT vs MP STEAMBOAT

......
Salam kepada semua, hallo2,,
hummm...malam nih aku memang banyak benda yang aku nak kongsi dan curahkan dalam ruangan aku nih. Macam2 peristiwa dan perkara2 yang membuatkan aku tertarik dan rasa macam nak ulangi lagi segala yang aku lalui,Baek bersama kawan2, keluarga dan orang yang menjaga aku sepanjang aku jauh dari keluarga ...Encik FIE. Tapi pengalaman dan peristiwa yang aku lalui hari ini memang aku tak dapat sangat2 nak lupa, dan akan aku ingat selalu.

Ala..Macam tajuk yang aku tulis dekat atas tu,tu nama kedai makan,petang tadi lepas aku register untuk pembukaan semester depan ,aku terus lepak dengan member2 aku yang sama2 pergi gunung tempoh hari. Tak semua yang ikut, cuma jumpa2 macam tu sajer... Bila akudah lepak sekali, diorang nak tengok wayang,tapi tengok la bajet aku. Bukan kedekut,tapi aku tak nak la nanti aku kering duit,tambah2 bila dah bukak semester 3 yang baru nih.... memang banyak duit yang nak kena pakai sangat2..kami semua lapan orang.

Dah tak jadi tengok wayang,kami pergi makan, idea yang bagus!!..tapi makan dekat Johnny steamboat!..aku tengok tempat macam mewah sangat2. Tapi tak pa la cuba la dulu,tapi....adeh mak...mahal kot,kami makan lapan kepala,tapi bayaran dia memang mahal la...Bila dah bayar,yang tak boleh BLAH tu diorang tak bagi resit,tapi diorang bagi kertas kosong dan tulis bil ajer...eh????..what the fu....????sampai sekarang aku simpan lagi resit dia. Kalo aku nak bandingkan makan dekat Johnny steamboat dengan MP steamboat !..murah MP steamboat lagi...hummmm....


  • Set C     -RM59.90
  • Quail      -RM4.20
  • Rice       -RM41.65
  • Drinks    -RM22.60
  • Tax        -RM20.55
Total = RM148.90                    

Mahal wei.....satu kepala RM15,,Pergh!!!...bapak punya mahal kot,bukan kedekut or kecoh,tapi aku rasa macam tak berbaloi sebagai seorang pelajr. Sekali pun aku bukan pelajar, aku memang takkan makan macam tu,aku rela masak sendiri lagi. Walaupun tak sesedap mana pun,tapi mampu mengenyangkan perut dan membekalkan tenaga dekat aku pun tak per dah....

Yang penting,selagi halal aku makan ajer...        

Karnival PC Fair..tergugat iman...

.....
Salam kepada semua yang mengenali aku dan yang kenal,ingat2 lah selalu,yang tak kenal,kenal2 lah aku,walaupun aku tak famous macam LADY GAGA...ahaks!...huhuuhuhuhu...tapi sebagai manusia kita haruslah ada perasaan dan rasa ingin mengenali orang lain.Normallah kalau macam tu,bagi yaqng suka menyendiri tu...Sumpah korang memang tak normal pada mata aku.Huhuhuuu...

Dipendekkan cerita la katakan...
Alkisah.....
Aku dengan Encik FIE pergi ker Karnival PC Fair yang diadakan di Stadium Indera Mlia,Ipoh. Sebab temankan dia nak cari pemplet dan bussines card dia untuk assignment dier...Aku p naek bas jer..Almaklumlah,still student lagi,kami nih kena la belajar untuk susah,tak kan nak senanag semua kot??? hummm...sampai disana,faham2 sahaja lah,orang laki,kalau boleh dia tengok, semua dia nak.!!Tapi sebab kami pun pernah sama2 susah,so..normallah kita berperasaan macam tu.

Dekat sana memang banyak sangat booth2 yang menjual barang2,.alatan komputer dan gajet2 yang memang bagus,murah dan berkualiti. Hampir terkaku aku tengok,sambil jalan dan memerhatikan sekeliling ,mata aku terpaku untuk melihat gelagat orang ramai yang datang dekat PC Fair tu,ada yang tua dan ada yang muda.Barang2 memang murah sangat2,so... aku tengok ramai jugak la yang dok membeli. Hummmm...biasa la...dah nama pun PC Fair,memang murah sangat2 la,hari last pulak tu masa aku dengan Encik FIE pergi....
                       Salah satu laptop yang menjadi kegemaranku,DELL..jenama laen tak kot!!...

Tapi kalau aku pikir2 balik.aku dah ada laptop,buat apa lagi aku nak beli lagi satu???..kalau aku datang PC Fair pon cuma aku nak tengok gajet yang baru dan aksesori2 yang menarik. Bukan untuk aku buang duit,tapi nak cari sedikit pengetahuan tentang gajet2 nih...

Sunday, May 22, 2011

Ekspedisi Mendaki Gunung Chemerong_Air terjun puncak Langsir,Terengganu

....,,..
Salam aku ucapkan kepada semua,setelah sekian lama aku muncul jugak dengan membawa cerita2 aku yang menarik2 tak menarik layan jerk lak... Hummm...aku rasa tak der la lama sangat aku meninggalkan blog aku nih??agak dalam berapa minggu jer..sebab sibuk.Al maklumlah,saya kan tengah cuti sekarang,balik kampung seminggu,melawat keluarga,rumah dan sawah bendang yang kian lama tidak aku hirup udara segar kampung nih.Hummmm...sedar tak sedar aku dah nak kena balik,aku balik nih pun sebab cuti semester dan aku balik nak ambil kelengkapan untuk dibawa mendaki GUNUNG CHEMERONG-AIR TERJUN PUNCAK LANGSIR,TERENGGANU. Baru2 nih sebelum aku balik kampung ada perjumpaan untuk ke gunung, apa yang aku dapat tahu,ramai jugak la yang batalkan tak nak pergi..

Alahai...
rugi oi....duit awak tak boleh tuntut,RM55!!!...adakah satu jumlah yang sedikit atau besar.?Mungkin jumlah berkenaan agak besar jumlahnya,bagi yang menghargai duit.Tapi yang tak pergi mungkin ada sebab,tak sihat dan apa2 pon...Aku dengan Encik FIE balik,kami cari barang2 makanan,hummm.Beli seluar dan sedikit peralatan,ada dalam RM100.ye lar..sebab 2 orang la katakan,lagipun aku pun tak kesah nak berkongsi dengan Encik FIE nih kalau dia pun tak kesah.Selesai beli barang2,kami balik rehat sambil dok terbayang kat kepala otak masing2,air terjun yang sejok lagi menyejukkan,tak sabar kot!.

Esok.........

hah!masa nih aku tengah tunggu bas datang dan dengar taklimat sepatah dua patah,jengjengjeng....akhirnya dapat jugak aku mendaki gunung dengan Encik FIE ni ha...kalau tak kami dua asyik tukar pengalaman masing2.Sekarang kami akan mendaki bersama dan akan mencari pengalaman yang mungkin memberi pengajaran dan tauladan bersama ketika mendaki nanti.....

Baru sampai,muka masing2 macam cabai,penuh dengan air liur basi lagi,sebab sepanjang perjalanan asyik tido....hehehheheee....

Kumpulan Team KELAB KEMBARA ITP.. kami semua dah ready nak naek!!!



ye ha....akhirnya!!!belom sampai lagi la...

Yergh!!!akhirnya Encik FIE berjaya juga posing kat Air terjun Chemerong nih...

kenangan kita berdua tidak akan dilupakan...

Caya tak,kami makan dalam daun palas nih...
posing kat Taman Bonzai nih..cun ooo....

Apa2 pon mmg best giler lak.Banyak algi gambar2 yang ada dekat aku,tapi tak dapat untuk aku letakkan didalam blog nih semuanya,takot nanti hilang privasi pulak,setakat ini lah yang boleh aku tunjukkan pada semua. Yang nih aku tunjuk pada sapa2 yang nak tengok ajer la...kalau ada yang tak mau tengok WHO CARE???...I DON;T CARE LU....huhuhu..
Walau gembira bagaimanapun,kita tetap diuji dengan segala macam perkara2 yang boleh melemahkan iman kita sebagai manusia dan makhluk Allah di atas muka bumi ini,Walau bagaimanapun kita sedia mengetahui di atas muka bumi Allah ciptakan pelbagai jenis makhluk.Baik yang boleh dilihat mahupun yang tidak boleh dilhat melalui mata kasar manusi itu sendiri....
Segala pahit mahupun manis akan menjadi satu kenangan dan pengajaran yang sangat berguna kepada aku dan rakan2...supaya tidak tak bur dan riak serta sentiasa menjaga adab kita walau dimana sahaja kita berada.